Dec 22, 2009



PENGENALAN
Unit oftalmologi mula-mula sekali ditubuhkan pada Ogos tahun 1991 bertempat di Poliklinik Jalan Merbau dengan penempatan seorang pakar mata (kontrak). Beliau dibantu oleh seorang pembantu Perubatan, seorang penolong jururawat dan seorang atenden kesihatan sahaja. Pada 5.5.1995, selepas beroperasinya bangunan Hospital baru, ia secara resminya diserap dan dipindah ke dalam Klinik Pakar 5 Hospital Miri.Penubuhan unit oftalmologi adalah mustahak kerana kepesatan pengembangan pengetahuan dalam bidang oftalmologi dan kepesatan teknik teknik terperinci dalam perawatan penyakit mata. Banyak masalah mata tidak lagi dapat diuruskan oleh bahagian pesakit luar, bahagian perubatan umum mahupun bahagian pembedahan umum.Selepas hampir 10 tahun, unit oftalmologi telah berkembang menjadi sebuah jabatan dengan seorang pakar mata tempatan, seorang pakar kontrak, dibantu oleh seorang pegawai perubatan, tiga orang pegawai optometri dan 6 orang paramedic. Unit oftalmologi kini menjadi pusat rujukan kepada zone utara Sarawak; yakni rujukan daripada hospital Limbang, hospital Lawas dan hospital Marudi.


Misi
Melaksanakan perkhidmatan yang berkesan dan cekap untuk menyumbang kepada pencapaina masyarakat yang sihat dan gemilang.


Objektif
1. Mewujudkan perkhidmatan perawatan mata berkualiti dan berkesan di zone Miri
2. Mengurangkan kes-kes kebutaan akibat penyakit yang boleh dicegah (preventable blindness)
3. Menambahbaikkan lagi penglihatan pesakit mata yang bermasalah.
4. Meningkatkan kesedaran kesihatan mata di zone Miri.
5. Memberi sumbangan latih semula untuk Primary eye care personal termasuk para pegawai perubatan, penolong perubatan dan jururawat dalam bidang oftalmologi.


Klinik Mata merupakan pusat rujukan sekunder untuk kes-kes masalah mata. Pada dasarnya, klinik mata menjalankan klinik pada waktu pejabat berdasarkan sistem temujanji. Namun, pegawai perubatan mata juga bertugas atas panggilan pada luar waktu pejabat untuk merawat kes-kes kecemasan. Untuk menjalankan perkhidmatan dengan berkesan, pesakit-pesakit perlulah dirujuk oleh seorang Primary eye care taker seperti doktor atau pegawai perubatan sama ada daripada:
1. Jabatan Kecemasan
2. Wad wad hospital
3. Poliklinik
4. Doktor- doktor swasta
5. Hospital lain.

Perkhidmatan utama yang diberikan
Antara perkhidmatan utama yang diberikan termasuk:
1. Memberi Rawatan kepada pesakit-pesakit mata baru yang dirujuk
2. Mengadakan lawatan klinik pakar ke hospital Limbang (dua bulan sekali) dan Hospital Marudi
(3 bulan sekali)
3. Membuat rawatan ulangan untuk penyakit mata kronik seperti glaucoma atau Diabetik
Retinopati.
4. Membuat pembedahan-pembedahan mata seperti
a. Pembedahan Katarak (phacoemulsification and extracapsular surgery)
b. Pembedahan Selaput luaran mata, Pterygium.
c. Pembedahan juling mata biasa
d. Pembedahan penyakit glaucoma
e. Pembedahan kelopak mata
5. Membuat Rawatan LASER mata untuk penyakit mata seperti
a. Penyakit proliferatif diabetik retinopati dan makulopati
b. Retina break (pencegahan masalah kelucutan retina)
c. Posterior capsular opacity
d. Periphery iridotomy – untuk penyakit glaukoma
6. Refraksi mata untuk pemastian kuasa cermin mata dan kanta sentuh


Jadual klinik dan waktu beroperasi:
Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat)
Masa dan tarikh Temujanji menjumpa doktor dibahagikan kepada tiga sesi iaitu
Sesi pertama: 8pg hingga 10pg
Sesi kedua: 10.30pg hingga 12tgh
Sesi ketiga: 2ptg hingga 4 petang
Kita menerima sebanyak 15-20 pesakit untuk setiap sesi untuk mengurangkan kesesakan. Pesakit-pesakit dinasihatkan mematuhi masa yang tertera pada kad temujanji untuk mengelakkan masa menunggu yang terlalu lama.

**Perhatian: Sila maklum, sebagai langkah bertimbang rasa, para pesakit difahamkan bahawa,
keutamaan akan diberikan kepada pesakit berikut:
1. Tenat, berkerusi roda, atau kes kecemasan
2. Baru lepas pembedahan,
3. warga emas lebih daripada 80 tahun dan
4. kanak-kanak kurang daripada 7 tahun.

No comments:

Post a Comment